Tanggang Bin Ali Buat Hal Lagi

Siapa ingat kisah di atas? Baru lebih empat tahun dulu Azmin di anggap seperti Si Tanggang oleh ibu kandungnya sendiri.

Namun, kesemuanya kelihatan baik dan sempurna setelah Azmin menjadi Menteri Besar setelah Abdul Khalid Ibrahim digulingkan oleh rakan-rakan separtinya sendiri melalui Kajang Move.

Sejak itu, Azmin dilihat menjadi semakin lantang bersuara terutamanya dalam usaha memburukkan kerajaan pusat.


Azmin sebenarnya ingin mengukuhkan kedudukannya untuk menghadapi serangan dari dalam parti terutamanya dari kem Wan Azizah. Oleh sebab itu beliau perlu menunjukkan betapa beliau lebih layak menjadi presiden partinya berbanding Wan Azizah yang tiada sebarang pengalaman selain menjadi tempat Anwar Ibrahim meletakkan kakinya semasa duduk berehat.

Mungkin Azmin telah mendapat restu ibunya dan telah berbaik semula dengan adik-beradiknya.

Malang sekali bagi Che Tom Yahaya yang berumur 82 tahun dan kini sakit teruk, kejatuhan matawang Ringgit yang dibuat bising oleh Azmin bermakna beliau wajib bercuti di London untuk Boxing Day sales kerana ianya lebih penting dari kesihatan ibu kandungnya itu.

Lihat sahajalah luahan adiknya Ummi Hafilda.


Patutlah negeri Selangor ni semakin parah keadaannya. Menteri Besar hanya pentingkan dirinya sendiri.