Lagi Pembohongan

Kalau ikut Mahathir, macam-macam dah kena tutup kini. Namun, seperti yang didakwa Alexandria Luger, Mahathir akan masuk neraka kerana kerap berbohong.

Hari ini Mahathir berbohong lagi. Dia kata Forest City memberi hakmilik tanah kekal kepada para pembeli.

Rasanya dah berbuih dah penerangan diberikan mengenai perkara ini. Bhaiya Bangladesh kontrak mungkin telah faham sefahamnya akan penerangan tersebut. Tetapi sebab penerangan ini bukan diberikan dalam bahasa ibunda beliau maka agak sukar bagi beliau memahami.

Ahli Parlimen Sekijang terpaksa terangkan sekali lagi bahawa yang hakmilik kekal adalah hartanah strata. Dua bulan lepas pun DYMM Sultan Johor dah terangkan perkara yang sama.

Nak diterangkan dalam bahasa apa lagi?

Kemudian, Najib Razak pula yang dipersalahkan. Bukankah Forest City perihal tanah negeri Johor? Apa kena-mengena dengan kerajaan pusat? Masing-masing negeri ada unit perancang ekonominya sendiri.

Kenapa tak salahkan Tuanku Sultan Johor? Tak berani macam rakan sekapal beliau?

Memang Forest City bakal mendapat status bebas cukai. Apa masalahnya? Langkawi juga masih pulau bebas cukai.

Kalau Mahathir gunakan Internet sewajarnya dan bukan untuk menyebarkan fitnah semata-mata maka beliau pasti mengetahui bahawa kenyataan beliau bahawa status bebas cukai Langkawi akan ditarik balik hanyalah pembohongan yang nyata.

Apa yang diumum kerajaan adalah hanya kedai-kedai berlesen sahaja yang akan dibenarkan menjual barangan rokok dan arak bebas cukai di Langkawi.

Begitu juga langkah untuk meminta pemilik kenderaan yang berdaftar di Langkawi mengemukakan jaminan bank sebelum boleh dibenarkan membawa kenderaan mereka keluar dari pulau tersebut. Ini adalah untuk mengatasi kepincangan yang berlaku sejak sekian lama.

Siapakah yang telah menjual sebegitu banyak tanah orang tempatan Langkawi kepada para kroni suatu ketika dahulu? Siapa yang mengambil tanah 80 penduduk Melayu Pantai Gelang, Langkawi untuk dijadikan resort

Mengenai pinjaman oleh warga China pula, itu semua cerita basi yang diulang berkali-kali. Saya maafkan beliau. Bercerita sesuatu berulang kali ini ada hubungkaitnya dengan penyakit nyanyuk. Mungkin suatu hari nanti beliau akan memandang kepada anak beliau dan bertanya, “Hang apanama?” berkali-kali juga.

Sebenarnya saya kasihankan beliau. Pernah disanjung ramai suatu masa dahulu tetapi pernah ditolak sebagai perwakilan oleh Bahagian sendiri semasa masih dalam parti angkat beliau, UMNO. Namun beliau masih tidak sedarkan diri.

Kini beliau hanya mampu merangkak sambil menjilat kahak hijau yang diludahnya dahulu sambil ditunggangi oleh joki-joki yang mengharapkan kemenangan seekor kaldai tua.

Sudah-sudahlah berbohong. Kita tak boleh hidup selama-lamanya. Janganlah diikuti perangai Rafizi. Beliau rasa beliau masih muda.

Jangan sampai anda digelar SOTUN pula.

%d bloggers like this: