Bila Sudah Tidak Sanggup Lagi Untuk Tenung Dalam Cermin

“Apa lu tengok? Gua mau tengok gua punya muka pun tala sanggup wor!”

INTEGRITI tidak membawa apa-apa makna kepada Lim Kit Siang.  Parasit raksasa ini hanyalah seekor parasit – binatang politik yang gemar mengambil kesempatan untuk hidup dengan memperkudakan apa jua yang boleh membuat beliau terus hidup dalam dunia politik demi kuasa dan cita-cita untuk menjadikan DAP kuasa politik unggul secara hakiki tanpa semestinya berada di tonggak kuasa.

Kalau dahulu Mahathir merupakan diktator yang zalim, perompak Bank Negara Malaysia, kini demi politik Mahathir dijadikan kaldai tunggangan beliau – maksum, suci dari segala dosa lampau.

Kita masih belum lupa betapa hipokritnya Lim Kit Siang berjabat tangan dengan Datuk Rohaizad Yaakob dari SPRM sebelum ini dengan harapan untuk memperkudakan SPRM dalam isu 1MDB. Siap menyeru kepada rakyat Malaysia untuk memberi sokongan kepada SPRM dalam siasatan mereka terhadap isu 1MDB. Lain pula pendiriannya kini.

“Gua salam, gua angkat gambar. Apa mahu helan? Mahathir gua benci pun gua bole cium sikalang.”

Baru-baru ini dengan tertangkapnya Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh telah ditahan oleh SPRM dan direman kerana telah melakukan suatu perbuatan rasuah dengan menyalahguna kedudukan beliau sebagai seorang penjawat awam untuk memperoleh kepentingan untuk orang-orang lain.

Walaupun DAP yang meneraju pentadbiran kerajaan di Pulau Pinang telah baru-baru ini menandatangani Ikrar Bebas Rasuah SPRM, Lim Kit Siang telah menuduh SPRM sengaja menangkap Phee Boon Poh kerana hendak menutup perhatian terhadap gejala rasuah di negara ini.

DAP mana ada lasuah. Kita sapu saja sumua benda

Lim Kit Siang memberitahu bahawa beliau sudah 30 tahun mengenali Phee Boon Poh, maka mustahil Phee Boon Poh merupakan seorang yang mengamalkan rasuah.

Saya tidak hairan sekiranya Lim Kit Siang tidak mengenali Phee Boon Poh yang sebenar walaupun telah mengenalinya selama 30 tahun kerana Lim Kit Siang juga tidak mengenali anaknya Lim Guan Eng walaupun telah menjadi anak beliau selama 54 tahun.

SPRM sejak dinakhodai oleh Datuk Dzulkifli Ahmad merupakan satu institusi yang amat aktif menangani gejala rasuah, dan tangkapan dilakukan tanpa memilih bulu.  Semasa Exco Johor, Latif Bandi ditahan SPRM ia merupakan satu bukti yang kukuh bahawa SPRM adalah telus dan berlaku adil.

Seperti biasa, sesuai dengan sifat parasitnya, Lim Kit Siang terus memperkudakan isu tersebut dan menyeru agar Menteri Besar Johor juga turut pergi bercuti kerana membiarkan rasuah menular di dalam kerajaan negeri Johor.

Pigi cuti la Khaled, lu punya anak buah suda bikin lasuah juga

Namun apabila diseru supaya anak beliau Lim Guan Eng yang sedang menghadapi dua pertuduhan rasuah itu bercuti kerana kesnya sama dengan kes bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo, beliau dengan lantasnya berkata bahawa kes Lim Guan Eng dan Khir Toyo adalah berbeza sedangkan kedua-duanya menyalahgunakan jawatan dan kedudukan untuk meraih keuntungan dan kepentingan untuk diri sendiri.

Gua anak tatak sama itu Khir Toyo ma. Gua anak nama Guan Eng, Eja pun sutah lain itu Khir Toyo nama wor. Guan Eng Cina mah. Khir Toyo tempe punya olang

Untuk menggembirakan hati Lim Kit Siang (dan untuk menyelamatkan kedudukan), seorang lagi pemegang jawatan DAP juga terpaksa akur dan tidak menyuruh Lim Guan Eng bercuti dari jawatan Ketua Menteri kerana telah didakwa di mahkamah walaupun sebelum ini beliau sendiri berkata bahawa Lim Guan Eng tidak perlu bercuti dari jawatannya melainkan beliau telah didakwa di mahkamah.

Mungkin beliau pelupa sebab nama beliau Pony Tua.

Ini Pony Tua kalau suluh gua anak pigi bercuti gua kasi hantam sama dia

Lim Kit Siang harus ingat bahawa SPRM serius dalam usaha membanteras gejala rasuah di negara ini dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba memperkecilkan Suruhanjaya tersebut.  SPRM bukannya milik Najib Razak mahupun Lim Kit Siang.  Ianya bertindak untuk memelihara kepentingan rakyat, bukannya sebagai budak suruhan mana-mana pihak.

Oleh itu Lim Kit Siang harus menunjukkan sikap lebih bertanggungjawab memandangkan beliau merupakan seorang Ahli Parlimen dan veteran dunia politik yang rakan sebaya hampir kesemuanya telah mati kecuali Mahathir.  Maka, beliau harus bersikap lebih matang dari ahli-ahli politik yang lebih muda dari beliau.

Dan nasihatilah semua wakil rakyat DAP dan dari parti-parti Pakatan yang lain supaya hentikan budaya sapu-menyapu untuk memperkayakan kocek sendiri kerana rakyat yang harus menanggung segala kenaikan kos akibat perbuatan rasuah mereka.

Baru sahaja sebut pasal sapu-menyapu, t-shirt SPRM pun kau naak sapu bawak balik selepas dibebaskan dari tahanan reman.

Teruk perangai DAP ni.  Susah bila bos mereka sendiri tak sanggup nak lihat wajah hipokrit dalam cermin setiap hari.

“Bos! SPRM manyak bagus. Kasi gua free t-shirt!”
%d bloggers like this: