Mari Bantah Penjualan Negara

Seronok melihat semangat patriotik rakyat Malaysia yang cintakan tanah air dan bangkit bersuara membantah penglibatan negara luar dalam projek-projek raksasa di Malaysia.

Aliran wang yang masuk dari negara luar dalam bentuk pinjaman mudah (soft loans) untuk membangunkan projek-projek ini adalah seolah-olah kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohamad lebih gemar menjual negara untuk meraih keuntungan tanpa mengambil kisah ancaman terhadap kedaulatan negara.

Di antara projek-projek yang dibina oleh orang asing termasuk KLCC Tower One, Port Dickson Power, Jimah Power Plant, PERWAJA, Bekalan Air Mentah Pahang-Selangor, Bekalan Air Pahang, Empangan Kenyir dan banyak lagi.

Malah Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) adalah kereta Jepun (Mitsubishi Lancer Fiore) yang dipasangkan di Malaysia dan Mitsubishi memegang saham PROTON sehingga 2005.

Sejak “Dasar Pandang Ke Timur” kerajaan Mahathir, jumlah pinjaman kerajaan Mahathir daripada Jepun berjumlah 10 billion Yen (RM390 juta) pada tahun 1980an sahaja.

Pada tahun 1994, kerajaan Mahathir telah meminjam sebanyak 61.5 billion Yen (RM2.4 billion) untuk membina KLIA walaupun penyokong Mahathir menyatakan bahawa ekonomi negara berada dalam keadaan kukuh.

Beribu pekerja Jepun masuk ke Malaysia untuk bekerja, termasuk rakan saya Norikazu yang bertugas di projek KLIA hingga boleh berbahasa Malaysia dengan fasih berbanding penyokong DAP yang mengagungkan Mahathir dan mengaku rakyat Malaysia.

Mereka mendapatkan khidmat kereta terpakai dari seorang lagi rakan saya bernama Fujita yang dahulunya tinggal di Sri Petaling dan tidak menjalankan transaksi jual beli dengan orang tempatan.

Malah, Japanese lounge tumbuh dengan pesat menawarkan hiburan kepada para pekerja dari Jepun yang mana orang tempatan dilarang masuk. Ini termasuklah sebuah lounge bernama Kaede di Plaza See Hoy Chan di Kuala Lumpur.

Malah pada 6 Ogos 1998, Mahathir sekali lagi memohon pinjaman daripada Jepun sebanyak USD 1 billion (RM4.29 billion) atau USD 2 billion (RM8.58 billion) untuk menampan keadaan ekonomi yang meruncing walaupun penyokong beliau tetap mengatakan ekonomi negara tetap kukuh walaupun nilai Ringgit berbanding USD jatuh dari RM2.10 = USD1.00 di zaman Hussein Onn (1978) ke RM4.71 = USD1.00 pada tahun 1998.

Disebabkan kekukuhan ekonomi itulah Mahathir berpendapat adalah penting bagi negara yang dipimpinnya mempunyai jalinan dagangan dan kewangan (JUAL NEGARA) dengan Jepun.


Dasar Pandang Ke Timur Mahathir juga berjaya menghantar seramai 1,200 orang pelajar untuk melanjutkan pengajian di universiti-universiti Jepun. Daripada jumlah tersebut menurut Mustapa Mohamad yang ketika itu Menteri Pembangunan Usahawan hanya 12 orang menjadi usahawan yang berjaya. Di antara kejayaan dasar ini ialah pertumbuhan pesat pusat-pusat karaoke yang menambahkan lagi masalah sosial di kalangan remaja dan belia.


Dasar ini juga telah membawa penjajahan ekonomi oleh Jepun kerana di antara 1981-1986 sebanyak 37 buah syarikat Jepun telah membuka cawangan mereka di negara ini.

Pada 15 June 1998, pakar kewangan bernama Robert Zielinski (“Role Model From Hell” – Time, 15 June 1998) dasar ekonomi Mahathir dilihat sebagai bakal membawa Malaysia ke ambang kehancuran ekonomi kerana menggunakan dasar ekonomi Jepun sebagai titik rujukan. Namun Mahathir tidak mengambil kisah dengan amaran-amaran yang diberi.

Akibatnya, salah satu sebab Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan dan parti adalah kerana tidak sehaluan dengan pandangan ekonomi Mahathir.

Begitulah penjajahan ekonomi dan minda Jepun ke atas Mahathir. Hinggakan dasar ekonomi ditiru dari sebuah negara yang hanya 36 tahun sebelum itu menamatkan penjajahan kejam ke atas Tanah Melayu.

Namun, ianya tidak dilihat sebagai penjajahan okeh Mahathir kerana hanya beliau sahaja yang betul dan tidak boleh orang lain.

Sebab itulah kini walaupun negara tidak meniru dasar ekonomi negara lain dalam mendapatkan pelaburan dan pinjaman dari luar, beliau meneriak berkata negara kini dijajah oleh China.

Maka wajib bagi kita membantah penjualan negara oleh Mahathir.

Banzai!

One Reply to “Mari Bantah Penjualan Negara”

Comments are closed.