Insan yang pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun kini hidup dalam keadaan yang amat tertekan.
Disebabkan keadaan ekonomi yang meruncing di bawah pentadbiran Najib Razak yang tidak cekap, Mahathir Mohamad tidak lagi mampu untuk terbang menggunakan pesawat-pesawat syarikat-syarikat penerbangan.
Petang tadi, Mahathir bersama isterinya Siti Hasmah terpaksa menggunakan khidmat jet peribadi untuk pergi ke Kuching dari Kuala Lumpur kerana tiket penerbangan berada di luar kemampuan beliau.
Keluarga Mahathir sebelum ini terpaksa makan rumput yang dicelur dan dicicah dengan sos cili kerana pentadbiran Najib Razak tamatkan perkhidmatan tukang masak dan pembantu rumah mereka setelah 35 tahun berkhidmat.
Akibat tidak mampu membayar sendiri upah tukang masak dan pembantu rumah tersebut, mereka terpaksa redha dan mengupah seorang tukang buat chee cheong fun yang diambil dari seorang agen buruh di Permatang Pauh.
Mahathir pernah memberi amatan bahawa negara akan bankrap seperti Greece akibat sikap Najib Razak yang gemar berhutang dengan negara luar.
Kita perlu fahami Mahathir tidak pernah mengambil hutang dari negara luar semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Inilah sebabnya beliau tidak gemar sekiranya negara berhutang dengan negara luar.
Najib Razak umum ketahui tidak bijak menguruskan ekonomi Malaysia. Oleh itu, kadar pertumbuhan KDNK Malaysia untuk Suku Ke-2 tahun ini jauh melebihi jangkaan.
Kasihanilah Mahathir. Sama-samalah kita berdoa agar di usia yang senja ini beliau tidak lagi melakukan dosa berbohong dan fitnah, atau menyokong LGBT agar perginya beliau nanti dikenang sebagai wira dan bukannya badut.
You must be logged in to post a comment.