SeaDemon Says

Dalam Banyak-Banyak Benda Yang Dah Aku Hilang, Mindaku Adalah Yang Paling Aku Rindui

Posted on: May 23, 2008

  • In: What da f***!!
  • Comments Off on Dalam Banyak-Banyak Benda Yang Dah Aku Hilang, Mindaku Adalah Yang Paling Aku Rindui

5.15 pagi dah aku masih berjegil mata dalam kamar yang gelap ini sambil dilayan lagu-lagu yang menyeramkan dari This Mortal Coil. Aku masih ragu-ragu sama ada aku akan memerlukan sebuah peta untuk membantuku melalui liku-liku hidup.

5.22 pagi dan persoalan yang bermain di dalam kepala ku makin bertambah. Aku mula diserang dengan soalan-soalan pelik seperti:

“Kalau semua negara dalam dunia ni berhutang, mana pergi semua duit?”

“Siapa yang kurang bernasib baik kena test makanan anjing tatkala ianya bakal diiklankan sebagai mempunyai New Improved Taste?”

“Siapa mamat yang mempunyai copyright kepada simbol Copyright?”

“Kenapa orang selalu kata kat aku, “Bro, you’ve been working like a dog” walhal aku tengok anjing jiran aku makan, tidur, makan, tidur aje?”

“Kalau aku kena amnesia, lepas tu ingatan aku pulih, aku ingat tak yang aku kena amnesia sebelum tu?”

“OK tu mnatang apa? OK tu singkatan untuk apa?”

“Kenapa burung boleh tidur atas dawai telefon tapi tak jatuh?”

“Kumbang jenis Ladybird kalau yang jantan kita nak panggil dia apa?”

“Kalau aku bergerak pada kelajuan lebih laju dari bunyi, aku dengar tak kalau aku pasang radio?”

“Ikan tak pernah rasa dahaga ke berenang tak berhenti?”

“Kalau aku bergerak laju dari kelajuan cahaya, lepas tu aku pasang lampu. Aku akan nampak lampu atau tidak?”

5.33 pagi dan aku rasa aku takkan dapat jawapan-jawapan yang aku cari. Aku rasa baik aku ke dapur dan masak Maggi.

No Responses Yet to "Dalam Banyak-Banyak Benda Yang Dah Aku Hilang, Mindaku Adalah Yang Paling Aku Rindui"

apa lanchiaw all those questions bro?? itu questions kena tanya masa interview kadet atau rekrut lah. can have a good laugh

Nasib baik masa cadet training instructors tak kasi soalan ni masa Q-time lepas roll call malam. Kalau tak sure change parade sampai mati.

tapi soalan soalan cam tu, kalo dah kena lanyak, sure metalized can answer ngan baik dan tepat

Comments are closed.

Taqweem al-SeaDemon

May 2008
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 1,206,602 hits

Twitter

Archives

%d bloggers like this: