Semasa Iblis Tidur Membuta, Jembalang Laut Jalan Melata

1901.

Bukan hot dog, tetapi waktu sekarang dalam bentuk military time. Iblis masih menggunakan sundial dengan mengukur bebayang suria di atas tanah untuk mengetahui waktu. Sebab itu beliau masih terlajak tidur. Ikut style Arab, mentang-mentang dalam al-Quran dia berbahasa Arab. Tidur pun macam Arab…lepas Zohor. Aku tak envy dia. Lepas selesai tugas dengan tamatnya Devil’s Hour beliau kena pakai ear defender supaya tidak mendengar azan takut terbakar telinganya yang pacang dan nipis seraya menyebabkan surface temperature di hujung tanduknya meningkat hampir sama dengan suhu space shuttle semasa re-entry phase.

Kereta di luar berduyun-duyun tatkala manusia mula pulang dari mencari rezeki di pejabat masing-masing. Aku terlihat seorang isteri bergossip dengan jiran sambil mukanya tebal dengan bedak sejuk. Baru si suami nak balik rumah dan sejukkan hati melihat wajah isteri kesayangan, dah isteri pulak sibuk nak sejukkan muka. Macam tepung gomak. Tebal. Aku rasa 100mg Viagra juga tidak akan menongkatkan si tongkat kepunyaan Ali tatkala melihat wajah isterinya persis Casper the Friendly Ghost.

Aku lihat Nietszche terkebil-kebil di hadapan pintu neraka, masih cuba menjual konsep Nihilism kepada seorang Malaikat. Freud masih cuba nak justify kenapa beliau sepatutnya masuk syurga. Mungkin sebab nak tengok macam mana rupa 70 bidadari yang telanjang bogel. Tetapi aku tidak yakin bidadari yang Freud mungkin dapat akan mempunya rupa cantik dan tubuh sexy kerana beliau lebih suka yang berupa wajah seperti maknya sendiri – gemuk, perut berlapis, tak ada beza antara tetek dengan perut dengan pangkal puting tetek sebesar ashtray kedai mamak, berdagu tiga, pipi melendut seperti telinga orang dari salah satu suku pribumi di Sarawak. Karl Jung masih memandang ke dalam cermin melihat arcanya sambil bertanya adakah itu synchronicity?

Maghrib dah masuk. Iblis sudah mula menggeliat di atas kerusi Cleopatranya sambil menguis-nguis tahi matanya. Aku tengok roster hari ini, Iblis akan berada di sekitar Jalan Ipoh untuk memberi tenaga kepada jantan-jantan octogenarian agar dapat menikmati sisa-sisa hidup berdansa mengikut rentak Inul Daratista dengan GRO-GRO separuh abad dari jam 10 malam sehingga jam 4 pagi tatkala tamatnya The Devil’s Hour.

Susah betul melihat Iblis yang ingin berbakti kepada these tormented souls…sanggup berjaga malam.

Nasib baiklah khidmat aku di sebelah malam kini hanya tertumpu di atas ranjang bersama Yummy Baby jadi aku kekal sebagai Jembalang Laut dan bukannya setan macam yang lain.

Flying In A Blue Dream

I remember one day at the Aéroport international de Genève – Cointrin, while waiting for our flight to Amsterdam, Isyam Swardi and I were humming this song as it played on my phone:

Aku, Iblis, Synchronicity et al

Heureux Hasard.

Lain yang aku cari, lain yang aku dapat yang lebih menguntungkan. Dalam bahasa yang dibawa oleh Karl Gustav Jung – Serendipity, yang bukannya sebuah safara-as-safari untuk melihat gajah-gajah mengawan di sebalik perdu taugeh dan sebagainya di bumi Afrika. Begitulah cara aku membuat kesimpulan mengenai hubungan aku dengan Yummy Baby.

Dalam diam aku duduk menung dalam bilik tandas yang serba…errr…serba-serbi ini, aku terperasan akan satu bayangan hitam yang muncul di belakangku.

“Woi!” bunyi suara kuat menjerkahku. “Hahahahahaha!”

“Cipet la kau, Iblis. Aku tengah contraction ni dan kini dalam labour untuk mengeluarkan by-product lunch dan dinner yang aku makan hari ini,” maki aku kepada Iblis. “Dah lah muncul dari belakang orang yang tengah berak.”

“Aku rasa baik aku yang muncul di belakang engkau semasa engkau berak daripada Brother Anwar ataupun lain-lain kaum kerabat engkau dari MCKK,” jawab Iblis.

“Loyar buruk pulak lu, Iblis,” perli aku. “Iblis pun reti joke ke?”

“Dah tengah bulan ni mana aku ada duit nak beli loyar baru,” jawab Iblis dengan nada bersahaja. “Ni, aku bawak mamat ni untuk kita berdialog bersama.”

Dari dalam bakul sampah yang Yummy Baby gunakan untuk membuang pad, muncul seorang mamat berkaca mata. Aku dengan segera mengenali wajah tersebut: Karl Gustav Jung.

“Elok la jugak kau bawak mamat ni ke dalam jamban ni sambil aku cuba nak berak,” aku mengerutkan dahiku kepada Iblis. “Sebelum aku masuk topik Karl Jung, aku nak sampaikan soalan dari Mr Gem Odorono Corleone yang dimajukan kepada aku tempoh hari. Dia nak tahu sesuatu daripada engkau.”

“Apa dia?” tanya Iblis dengan penuh minat.

“When God created Man, God wanted somone to look over Man, so God decided to create Mother. Mr Devil also wanted someone of his choice to look over Man, so God created Wife. Is this true?” tanya aku.

“Hahahahaahah! Memang betholll!!! 10 markah kepada pasukan Gem Odorono Corleone!” jawab Iblis. “Kalau tidak, takkan Adam begitu banyak masalah dia sampai kena tendang keluar dari Jannah!”

“Kau biar betul, Iblis! Kau mengaku kau boleh buat manusia ke?” aku sergah.

“Eh, tak! Tak! Masa Firaun mengaku dia al-Malikul Mulk pun aku cakap kat Tuhan ini bukan kerja aku. Aku tak akan suruh orang syirik terhadap Allah!” jawab Iblis cemas.

“Jadi apa halnya dengan si Karl Jung ni?” tanya aku sambil cuba meneran semula taik yang terencat dan termasuk semula.

“Dia kata aku dan engkau ada semacam synchronicity.”

“Apakah yang kau maksudkan itu wahai Karl Jung?” tanya aku kepada Karl Jung.

Sambil menyalakan tembakau di paipnya, Karl Jung mula berkata, “Aku ingin menulis mengenai influence Iblis dalam analytical psychology, aku ternampak engkau. Bila aku berceramah mengenai analytical psychology, antara mereka yang menghadiri lecture aku ialah Iblis. Kemudian engkau muncul sebagai guest speaker. Bila aku berjumpa dengan engkau berdua, topicnya mesti berkisar mengenai analytical psychology.”

“Oi, Iblis. Orang tua ni dah mula merepek dan aku nak kena berak jugak. Kalau tidak aku yang psycho sebab anal retention. Kau bawak dia balik sebelum aku berak kat muka engkau.”

“Owh,” jawab Iblis, hampa. “Jadi kita tidak akan berdialog secara intelligent pada malam ini?”

Aku lepaskan satu das kentut yang berbau walaupun bukannya killer application yang dihasilkan oleh laxative yang dimakan oleh Yummy Baby yang hampir membuatku mati kelemasan dan jubin-jubin di dalam bilik mandi slide ke bawah.

“Okay, okay, I get the idea,” jawab Iblis cemas. “Jom Karl, kita sembang benda gila dengan Nietszche kat neraka. Mungkin akan ada topik baru dengan mamat tu.”

Karl Jung dengan segera padamkan api tembakaunya dan masuk semula ke dalam bakul sampah tadi.

PTUING…akhirnya…ledakan najis bermula dalam suasana aman.