SeaDemon Says

Akan Ku Bawa Petir Seribu Panahan, Dan Berikan Bumi Ini Suasana Utopia

Posted on: July 1, 2008

  • In: What da f***!!
  • Comments Off on Akan Ku Bawa Petir Seribu Panahan, Dan Berikan Bumi Ini Suasana Utopia

Aku tahu.

Topik pelik memang memeningkan. Apatah lagi jika nukilan kali ini seperti biasa tiada kaitan dengan topik pelik di atas.

Seminggu aku rasa aku memandu kereta rekabentuk continental kepunyaan Yummy Baby. Pelik pun ada tatkala nak kasi signal, wiper yang bergerak.

Walau bagaimanapun, selepas seminggu aku menjadi expert dengan peculiarities keretanya.

Hari ni aku bawak kereta aku. Disebabkan harga minyak naik mendadak hasil polisi ekonomi Bebudak Tingkat Empat yang diseliakan oleh Budak Kulit Hitam bagi pihak bapa mertuanya, kereta-kereta di jalanraya kini bergerak macam ciput.

Akibatnya aku terperangkap di belakang sebuah kereta makcik bertudung yang sedang memotong sebuah lori dengan kelajuan 60kmj di lorong memotong, sedangkan lori tersebut berada di kelajuan yang sama.

Setelah hampir seminit mengekori bontot kereta makcik ni, kenderaan di belakang semuanya membunyikan horn dan memberi lampu besar kepada aku. Cipet betul. Aku naik geram. Aku horn makcik ni, masih dia tak faham. Lantas aku pun bagi dia high beam.

Bila aku tarik lever tu, hanya air yang keluar dan wiper aku bergerak ke kiri dan kanan menyapu windscreen aku.

Kimak! Salah tarik lagi!

Taqweem al-SeaDemon

July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 1,204,644 hits

Twitter

Archives

%d bloggers like this: