Drama Kera La Sebelum Terhempas

Mahathir kini agak tertekan untuk meraih simpati para pengundi akibat bekerjasama dengan DAP yang sejak azali menjadi musuh utamanya.  Beliau hanya membohong apabila berkata bahawa beliau ingin ‘menyelamatkan’ Malaysia, sedangkan kita tahu apa agenda beliau berbaik-baik dengan Pakatan yang amat membenci beliau.

Sejak dari tahun 1980an sendiri kita telah disajikan dengan janji-janji DAP untuk mengheret beliau ke mahkamah untuk membicarakan beliau di atas jenayah-jenayah salahguna kuasa dan penggunaan wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaan anak-anak dan kroninya.  Kalau tidak, masakan Anwar Ibrahim gunakan isu kronisme dan nepotisme untuk menjatuhkan beliau dari takhta UMNO pada tahun 1998?

Tidak mustahil di antara Mahathir mengharapkan perlindungan daripada Perdana Menteri-Perdana Menteri selepasnya daripada tindakan undang-undang yang mungkin akan diambil terhadapnya.  Beliau mengharapkan kerajaan Barisan Nasional yang kuat, serta Perdana Menteri yang menurut telunjuk beliau, untuk terus berlindung dari tindakan undang-undang.

Apabila Pak Lah enggan mengikut telunjuk beliau, Pak Lah telah diserang dengan begitu hebat hingga hampir menyebabkan kejatuhan kerajaan Barisan Nasional.  Apabila Najib Razak pula enggan mengikut telunjuk beliau, orang-orang yang rapat dengan beliau telah dihantar ke luar negara untuk membuat seberapa banyak laporan terhadap Najib Razak.

Akibatnya, Najb Razak telah diserang hebat oleh bukan sahaja musuh-musuh UMNO, malah diserang juga oleh mereka yang di dalam UMNO.  Tujuan Mahathir hanyalah untuk menjatuhkan Najib Razak dan menggantikannya dengan pilihan Mahathir, ketika itu merupakan Muhyiddin atau Mahiaddin.

Namun, serangan tersebut gagal apabila Najib Razak bangkit menangkis dan membalas serangan-serangan tersebut.  Akibatnya, Muhyiddin dan Shafie Apdal kecundang, lalu meninggalkan UMNO.  Mahathir tiada tempat untuk berpegang, apatah lagi untuk melindungi beliau dari ancaman tindakan undang-undang terhadap salahlakunya semasa menjadi Perdana Menteri.

Lalu beliau tubuhkan parti sendiri sambil menjilat ludahnya sendiri agar dapat diterima oleh DAP serta rakan-rakan sekutu mereka.  Dan perjuangan Mahathir kini adalah untuk menjatuhkan Najib Razak agar Pakatan dapat berkuasa.  Sehubungan itu, Mahathir juga mengangkat dirinya sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan dan mengharap agar beliau terlindung dari tindakan undang-undang.  Tidak apalah sekiranya DAP memerintah secara proksi dan berpeluang untuk melaksanakan impian Malaysian Malaysia mereka di mana semua rakyat akan diberi hak saksama – termasuk dari segi peluang dan agama.

Tetapi tembelang Mahathir lama-kelamaan berbau juga, dan rakyat telah dapat menghidu segala pembohongannya.  Kalau kita lihat dalam video di bawah, jelas Mahathir hanyalah merupakan kuda tunggangan DAP, dan bukanlah calon yang mereka kehendaki.  Malah, DAP masih belum lupakan dosa-dosa lampau Mahathir dan tidak akan melindungi beliau:

Untuk tidak kehilangan sokongan akibat kerjasama beliau dengan musuh-musuh, beliau telah cuba meraih sokongan dengan membuat siri pembohongan yang mengatakan beliau akan dibunuh dan pesawat jet sewaan beliau juga telah disabotaj.  Meskipun siasatan telah dilakukan terhadap pesawat tersebut oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia serta pemilik pesawat tersebut dan didapati tidak disabotaj, beliau masih berkeras mengatakan bahawa ianya telah disabotaj.

Saya yakin, sehari dua sebelum pengundian dijalankan, beliau akan melakonkan suatu kemalangan terhadap diri sendiri dan akan meraih simpati para pengundi dari katil hospital di Hospital Langkawi dengan menuduh Barisan Nasional.  Drama Kera-La ini telah dijangkakan kerana Mahathir merupakan seorang pelakon yang amat baik.  Beliau sanggup lakukan apa sahaja untuk tidak membenarkan parti Pribumi terhempas ke bumi.

madeyprivateplane

%d bloggers like this: