SeaDemon Says

Akhir Sebuah Impian

Posted on: June 5, 2008

Kata orang tua-tua, perempuan yang mengandung tujuh bulan atau lagi lewat dari tu sepatutnya dah tak memborong macam mengandung empat bulan. Bukan tak boleh pergi shopping, tapi janganlah berjalan ala-ala Maria Tunku Sabri yang jalan-jalan cari makan dan makan-makan sebab dia tak mengandung. Jadinya tak ada komplikasi. Ini nanti urat ni tarik, urat tu tarik, badan nak pakai lama lagi. Ye lah…suami yang nak pakai…jadi kena la tahan lama.

Harga minyak dah naik. Dulu kita sedap menghabiskan duit sendiri dan duit PETRONAS, sekarang ni payback time. Kereta aku tu kalau dulu RM10 boleh pergi 40km, sekarang tinggal 24km aje. Seluar dalam yang aku beli 3 untuk RM10 sekarang akan jadi 3 untuk RM14, atau pun 1.8 seluar dalam untuk RM10. Roti canai banjir yang 80 sen lepas ni akan jadi RM1.20 sekeping. Kena pulak yang tukang kira tak reti cakap melayu kecuali “roti kosong” “teh tarik” “maggi goreng“…mesti jadi RM1.40 sekeping. Nak salahkan kerajaan pun benda ni global. Memang dah tak tertepis dah. Cuma aku harapkan apa jua savings dari pengurangan subsidi ni akan diterjemahkan kepada pembangunan sekata dan sistem pengangkutan awam yang lebih baik. Kalau tak boleh jugak, perkenalkan semula Bas Mini Wilayah.

Kengkadang risau jugak bila harga minyak naik. Semua harga barangan akan naik juga. Semua dah mula bercerita nak tukar minyak kereta kepada NGV, ada yang tertanya-tanya boleh tak pisahkan H2 dari H2O untuk hydrogen fuel cells. Aku rasa lagi memanafaatkan ialah satu sistem yang boleh memisahkan urea kepada fuel cells. Aku, mungkin Liverpool Babe dan Gombak4Life juga tidak mempunyai masalah untuk mengisi tangki kereta. Sendiri boleh produce. Mungkin kitorang boleh share duit buka stesen minyak sendiri. Siapkan makanan aje. Tahun 2005 dulu University of Ohio dah buat research pasal tahi lembu untuk dijadikan bahan minyak.

Aku boleh bayangkan dah jutawan-jutawan kampung yang membela lembu. Tahi buat minyak (minyak taik, bukan taik minyak), yang bujang tak ada girlfriend boleh guna dulu lembu betina, susu dapat, daging boleh jual kat penjual daging untuk Yummy Baby buat burger untuk Burger Night yang akan datang, ekor buat sup, mata dengan otak boleh kasi kat Glaucoma Monkey untuk dibuat transplant – itulah akibat kecik-kecik tak nak belajar berbudi bahasa dan kuat sangat melancap. Lembu punya torpedo? Buat sup la. Unless kalau engkorang rasa koter engkorang tak cukup power dan nak buat transplant jugak macam Glaucoma Monkey.

Gombak4Life pun sarankan agar bot-bot diving semua tukar kepada NGV jugak jadi kos diving tak tinggi. Aku rasa baik angin dalam tank diving tu pun tukar ke NGV.

Nasib baik la rumah dan kereta dah dibayar habis. Aku tak risau sangat. Cuma yang nak kena buat sekarang ialah untuk nak kumpul balik duit. Jadi kalau engkorang nampak ada mamat rupa macam aku main gitar atau berjalan bertongkat berspec hitam warna biru dan membawak tissue di Uptown, engkorang buat tak tahu ajelah. Nak cari side income.

Dah bertambah risau aku…adakah yuran kencing di Uptown akan dinaikkan dari 30 sen kepada 42 sen?

No Responses Yet to "Akhir Sebuah Impian"

Wei…hahahahaa…1st perenggan tu..mukadimah eh? penyedap cerita eh… :-p

apa lagi malaysia….. lets go NUC POWER!!

Japan just saw another hike in gasoline (food too, naturally) prices too last weekend. Just gotta go back to basics – less luxury, less fun. Maybe we need this to open our eyes. Comparing what we have to what the people on poor countries, I think we already have more than enough. 🙂

Meandmylife…hahahaha! Macam ku kenal kisah tersebut! Hahahah! Tak boleh marah tau! I dah buatkan nasi goreng 😀

Countloon…do you know that there are villages in Russia that are actually powered by mini thermonuclear generators?

Zaza…what to do? The US is stockpiling oil, then controls the second biggest oil reserves in Iraq. Then they let the Greenback slide so that price of oil would be abnormally high.

Bang,

Apa kata kita install mini thermo-Nuc generator kat depan umah you. Tempias2 energy sampai gak la ke rumah i, haha

i m a keen supporter of nuc energy. hope one day all vehicles will be powered by nuc powercell which size like a AAA bty. hahahahahahaha. that would make terrorist happy

Comments are closed.

Taqweem al-SeaDemon

June 2008
M T W T F S S
« May   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Blog Stats

  • 1,203,698 hits

Twitter

  • Raya however I wear jubah not because I support the Arabisation of Malay culture but because it makes going to the toilet a whole lot easier 13 minutes ago
  • 7) How HM is dressed is none of my concern unless HM asks for an opinion 21 minutes ago
  • 6) HM was only in pyjamas. But the Istana is HM's dwelling. I was the visitor. I dress up as protocol would require me to 22 minutes ago
  • 5) I was invited to an Istana not too long ago. No invitation card. It was by WhatsApp. I attended dressed-up according to protocol 23 minutes ago
  • RT @RusEmbJakarta: In #Moscow, the main events of Eid al-Fitr celebration will be held in the Cathedral #Mosque tass.com/society/953191 htt… 32 minutes ago

Archives

%d bloggers like this: