Jembalang Nak Pergi Dating Lepas Dating Dengan Iblis Semalam

Malam tadi di sekitar sebuah kawasan yang dahulunya dikenali sebagai Jalan Hicks, aku berdating dengan Iblis yang ingin aku mencuba beberapa jenama air kencingnya yang agak famous di sekitar nusantara dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya, sehingga aku terlupa hendak menanyakan soalan yang diajukan oleh Gemgem Odorono Corleone tidak lama dahulu mengenai jenama-jenama tersebut. Namun begitu, aku dapat merasa bagaimana pantasnya bumi berputar mengelilingi matahari sehinggakan aku membawa kereta dengan begitu perlahan agar tidak terbang ke angkasa melampaui tarikan graviti.

Tempat Jembalang dan Iblis bertandang tadi malam
Tempat Jembalang dan Iblis bertandang tadi malam

Kini, aku diajak pula pergi berdating oleh Yummy Baby. Katanya, dia nak membawa aku keluar bak first date. Aku sendiri pun tak ingat macam mana first date aku, tapi aku rasa ianya berlaku di pasaraya Jaya sekitar 26 tahun yang lampau. Tapi kalau first date dengan Yummy Baby, settingnya lebih kurang cerita Jiwa Remaja atau Hapuslah Air Matamu lakonan Hail Amir dan Uji Rashid, dan Broery Sudahmatika dan Sharifah Aini respectively. Tepi pool dengan fresh orange tapi pukul 11 malam.

Terkejut beruk gak aku tiba-tiba diajak dating. Tapi aku rasa last kami dating adalah 5 hari yang lalu masa tu pergi makan ikan mentah. Senang betul kerja tukang masak. Bukan tukang masak pun, tukang siang ikan. Mana ada masak-masak!

Yummy Baby: can i ask you out on a date tonight?
Yummy Baby: no answer?
SeaDemon: can…hope i don’t sneeze or anything like that
Yummy Baby: oh yeah you better not
Yummy Baby: not on your first date

Aku tengah demam selesema..jadi mood aku lagi teruk dari Golda Meir kena PMS. Aku sendiri tak faham kenapa dia menggelar date malam ini sebagai first date. Mungkin sebab aku dah sekian lama menjadi virgin. Semenjak dua menjak Yummy Baby memulakan kerja di tempat baru, dia membuat kerja menggunakan Blackberrynya sehingga sebelum memejamkan mata di waktu malam. Sungguh aku benci akan teknologi yang tidak berguna itu. Telefon bimbit 3G Nokia N95 aku pun aku tak activate 3G. Malas. Melecehkan. Macam tengahari semalam semasa aku sibuk memandang kelopak mata aku dari dalam, anak aku, Iqa, masuk ke bilik katanya maknya nak bercakap dengan aku menggunakan telefon 3Gnya (telefon si Iqa la!). Aku pun jawablah panggilan tu…kimek cipan tanah betul…bersepah orang di sekelilingnya memandang aku yang tidak berbaju dan muka bangun tidur. Lantas aku baling sahaja telefon bimbit Iqa, ending the phone call. Teknologi burit yang menyusahkan orang dan menghilangkan personal space, time and privacy insani masa kini. Aku pun tak faham kenapa majikan-majikan sekarang gemar menyusahkan pekerja dengan Blackberry. Gaji dibayar hanya untuk 9-5, tapi sampai tengah malam buta dan hujung minggu pun masih nak berkomunikasi. Memang benar apa mereka kata mengenai telefon bimbit berteknologi tinggi: Mendekatkan yang jauh dan menjauhkan yang dekat. Kepala butoh mak diorang.

Perempuan Yang Pernah Berkahwin Dengan Aku pun dulu telephone addict. Masa kat meja makan masa itulah kawan-kawan dia nak bersembang. Saban hari itu sajalah yang kena aku tanggung. Bukannya nak makan atau bersembang dengan aku hal-hal suami-isteri atau anak-anak, sibuk kisah politik dan gossip-gossip terkini. Beberapa kali juga aku menegurnya dengan cara baik supaya tumpukan masa untuk keluarga terutamanya semasa makan. Tak makan saman. Satu hari aku berikannya final warning dalam nada suara yang baik. Aku kata aku tidak akan menegurnya lagi. Akhirnya, aku celupkan telefon bimbitnya itu ke dalam jag air sirap.

Dan Yummy Baby kini aku nampak dah ada ciri-ciri nak kena sindrom CRACKBERRY sebab dah mula asyik-asyik menggentel bijik benda alah tu apabila terdengar imaginary buzzing. Bak kata Kimi, “Biar butt sahaja yang ada crack, jangan kepala pun ada crack!

Teknologi burit yang aku benci
Teknologi burit yang aku benci

Yummy Baby: so what kind of food do you like to eat
SeaDemon: i don’t eat only 5 things (batu, kayu, besi, sabun dan kepala keretapi)
Yummy Baby: hmm..
Yummy Baby: i think i’ve heard that before
Yummy Baby: somewhere…
Yummy Baby: but anyway
Yummy Baby: is there a place that you’d like to go to
Yummy Baby: or do you want to ikut my tekak
SeaDemon: i do not hv a place that i want to go to…but if u really want to know, it will have to be a proper english fish and chips joint in england somewhere

Aku bukan demanding, tetapi memang itu yang aku masih teringin nak makan. Good old English cod and chips, with 5 cakes of fried cod roe, and soggy with malt vinegar. Aku harap Idlan akan membawa balik sebungkus dua untuk aku bila dia balik raya nanti. Itu sahaja yang aku kempunan nak makan takut mati terbeliak mata seraya meleleh air liur basi. Vinegar tak payah letak la. Aku goreng balik dan letak di sini sahaja.

Amende baju aku nak pakai malam ni pun aku tak tahu…

8 Replies to “Jembalang Nak Pergi Dating Lepas Dating Dengan Iblis Semalam”

  1. Blackberry adalah bahan utama kepada sindrom ‘crackberry’. Bila dalam jamban pun dah bermsg, itu dah masalah jiwa yang kronik.

    Mudahkan yang mudah, komunikasi biarlah real. Inzal berlebihan dgn text msg gunanya tiada.

    Biarlah aku tiada blackberry, dari tiada baju untuk pergi date, hahaha

  2. SD, I pun teringin lah their fish and chips .the portion is huge and i just love the taste. ye lah….kena bodek Idlan suruh bawak balik gak for me too….

  3. Ahhhh… another Blackberry complainant!

    That fish and chips from Ingerland arr, sedap coz it’s wrapped with The Sun newspaper. I’m sure that adds taste….

  4. Kimi…70% pengguna Blackberry mengalami sindrom tersebut…hahaha! Itu private users. Inikan yang pejabat tak kira masa. Memang dengan aku-aku sekali sewel nanti.

    Spena…kena order lebih nih.

    Gemgem…yeah, Berry first, me second. Anyway, I used to take the second fly of The Sun masa beli fish and chips. Ada modal melancap.

  5. Two fish and chips for me alone…plus 5 cod roe cakes each..hahaha. Add another fish and chips for Spena. The Sun I don’t need. Just bring page 3. :p

Comments are closed.