Kapal Punya Pasal Pembangang Tanya Siapa PM? Najib Atau Rosmah?

Siapa PM tanya Pembangang

Baru-baru ini, pakal peronda generasi baru milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mendapat sebuah Kapal Peronda Generasi Baru (NGPC) yang diberi nama ‘KM Bagan Datuk’.  Ianya telah dilancarkan oleh Datin Seri Rosmah Mansor.

Ini yang dijadikan isu.  Pembangang mempersoalkan kenapa Rosmah dan bukan Najib Razak sebagai PM melancarkannya.

Sebelum wujudnya tradisi pelancaran kapal oleh kaum wanita, semua pelancaran kapal di Eropah bermula 1680 adalah dengan para hadirin meminum wain dalam bekas yang diperbuat dari perak untuk mengucap selamat kepada kapal tersebut serta bakal anak-anak kapalnya.  Bekas perak ini kemudiannya dicampak ke dalam laut.

Tradisi tersebut dihentikan akibat kos bekas perak yang terlalu mahal.

Tradisi melancarkan kapal oleh wanita mula dilakukan oleh Royal Navy pada kurun ke 18.  Pada mulanya, House of Hanover, iaitu keluarga yang memerintah England pada masa itu diminta menaja salah satu kapal perang.  Maka, seorang Puteri dari House of Hanover telah membaling sebuah botol berisi wain ke kapal tersebut.

Oleh kerana kapal tersebut telah ditaja, Puteri Raja yang melancarkan kapal tersebut digelar sebagai Sponsor (Penaja).

Bermula 1811, Putera Pemangku George Augustus Frederick yang kemudiannya menjadi Raja George IV telah menitahkan supaya semua kapal perang milik Royal Navy dilancarkan oleh seorang wanita sebagai Penaja kapal tersebut.

Hampir kesemua negara di dunia ini menggunakan Penaja wanita untuk melancarkan kapal-kapal perangnya, terutamanya negara-negara Komanwel yang mana Malaysia adalah salah satu negara anggota Komanwel.

Dengan sebab itu maka Rosmah menjadi Penaja bagi ‘KM Bagan Datuk’ dan bukannya Najib Razak.

Empat tahun dan satu bulan yang lalu, seorang wanita bernama Siti Hasmah, yang merupakan mantan Perdana Menteri Malaysia, telah melancarkan sebuah kapal latihan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) bernama ‘Gagah Samudera’.

27 Februari 2013, Siti Hasmah telah melancarkan kapal Teguh Samudera milik TLDM

Isteri kepada Siti Hasmah tidak dibenarkan menjadi Penaja kapal tersebut kerana khuatir beliau akan membuat benda yang lain disebabkan beliau mudah lupa.

Kalaulah saya ini seorang Ketua Negara, saya akan mengarahkan semua agensi keselamatan maritim melancarkan kapal-kapal mereka dengan mengikut cara Viking iaitu dengan mengikat seorang pembangang ke leding pelancaran di belakang buritan kapal yang hendak dilancarkan tersebut. Apabila kapal tersebut dilancarkan, ia akan menggelongsor di atas leding tersebut dan melenyekkan tubuh pembangang tersebut sebelum masuk ke dalam air.

Itu sahaja ubat untuk orang yang bangang.

%d bloggers like this: